Seorang terbunuh, 2 cedera parah diserang tentera laut Zionis di Gaza

GAZA, 25 Feb 2018 — Seorang nelayan Gaza meninggal dunia dan dua rakannya cedera parah diserang oleh tentera laut Zionis ketika belayar dalam zon yang dibenarkan di perairan Sudaniya, utara Gaza, hari ini.

Tiga nelayan terbabit diserang dengan tembakan hendap ketika sedang belayar pulang ke pantai. Salah seorang daripada mereka iaitu Ismail Saleh abu-Riyaleh, meninggal dunia tidak lama selepas kejadian. Ismail, 18, berasal dari kem pelarian Shati’.

Semua mangsa ditangkap, di mana dua mangsa yang masih hidup iaitu Mahmoud Adel Aby Ryala, 18, dan ‘Aahed Hasan Abu Ali, 26, dibawa ke hospital sebelum diheret ke sebuah pusat interogasi.

Nelayan-nelayan lain yang berada dekat tempat kejadian berjaya menunda bot mangsa pulang ke pantai.

Susulan persefahaman gencatan senjata 2014, nelayan Gaza dibenarkan belayar sehingga enam batu nautikal dari pantai Gaza. Namun tentera laut Zionis sering menyerang nelayan walaupun mereka belayar di dalam zon tersebut.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts