Seorang terbunuh, 2 tercedera dalam serangan tentera Assad di Idlib

IDLIB, 26 Julai 2020 — Sekurang-kurangnya seorang penduduk awam terbunuh dan dua yang lain tercedera dalam serangan tentera rejim Bashar Assad ke atas perkampungan Ein Laruz di zon selamat Idlib, barat laut Syria, hari ini.

Idlib termasuk dalam zon selamat yang telah dipersetujui antara Turki dan Rusia. Kawasan yang terletak di sepanjang sempadan selatan Turki itu telah beberapa kali melalui persefahaman gencatan senjata namun dicabul oleh tentera rejim pemerintah dan sekutunya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, penduduk Idlib meningkat kepada sekitar empat juta orang berikutan kebanjiran pelarian dari daerah lain.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts