Seorang terbunuh, 20 cedera dalam serangan di sempadan Gaza

GAZA, 24 Sep 2018 — Seorang remaja Palestin terbunuh manakala puluhan yang lain tercedera apablia diserang oleh tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan Great Return March (GRM) di sempadan timur Gaza malam tadi.

Remaja Emad Daoud Eshteiwi, 21, meninggal dunia apabila ditembak di bahagian kepalanya. Sementara lebih 20 yang lain cedera dan dikejarkan ke hospital utuk mendapatkan rawatan, termasuk seorang petugas perubatan yang ditembak di bahagian kaki.

Pemuda-pemuda Palestin berhimpun di timur kem pelarian al-Bureij bagi membantah sekatan ke atas Gaza yang berterusan sejak 12 tahun lalu.

Manakala dua orang yang lain cedera dalam kejadian di timur Khan Younis, dan 10 yang lain turut cedera di beberapa lagi lokasi di sepanjang sempadan timur Gaza.

Tidak lama selepas kejadian, jet perang Zionis melancarkan dua serangan bom ke arah sekumpulan pemuda Palestin di kawasan Malika di timur Gaza.

(PIC, IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts