1 terbunuh, 3 tercedera dalam serangan udara Israel ke atas Gaza

Gaza, Selasa 6 Sept — Jet-jet pejuang rejim pengganas Israel menyerang penduduk awam di Khan Younis, menyebabkan seorang terkorban dan 3 yang lain dari sebuah keluarga tercedera. Serangan itu jelas menunjukkan sikap Israel yang tidak menghormati perjanjian genjatan senjata yang sedang berkuat-kuasa antara Israel dan pergerakan pembebasan HAMAS sejak 22 Ogos lalu.

Jurucakap perkidmatan kecemasan Gaza, Adham Abu Selmiya, menyebut 3 orang awam iaitu seorang bapa dan dua anak lelakinya tercedera dalam serangan tersebut.

Tentera Israel dilaporkan menceroboh masuk sehingga 200 meter ke dalam wilayah Khan Younis pada petang Selasa. Rejim pengganas Israel terkenal dengan sikap tidak menghormati perjanjian damai mahupun genjatan senjata. Sikap keji ini termasuklah peristiwa pencabulan genjatan senjata Januari 2009 yang berkesudahan dengan serang besar-besaran ke atas Gaza selama 22 hari.

Sejak berakhirnya serangan pada bulan Januari 2009, Israel terus membunuh dan mencedera rakyat Gaza dalam beberapa serangan udara yang lain. Serangan-serangan itu turut memusnahkan banyak sekolah, hospital, masjid dan infrastruktur awam.

Seorang pegawai polis bercakap kepada kanak-kanak yang tercedera di Hospital Nasser, Khan Younis pada 6 September
Seorang pegawai polis bercakap kepada kanak-kanak yang tercedera di Hospital Nasser, Khan Younis pada 6 September

—————————-

Sumber: PressTV Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts