SALFIT, 13 Mac 2019 — Seorang pemuda Palestin terbunuh dan lebih 40 yang lain tercedera dalam serangan tentera penjajah Zionis di kota Salfit malam tadi.

Mohamed Shahin, 23, ditembak di bahagian jantung ketika tentera Zionis menyerbu kawasan Jalan al-Media al-Munawara dan Jalan al-Quds di tengah Salfit. Beliau dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, dan disahkan meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Dalam insiden tersebut, pasukan Bulan Sabit Merah memberi rawatan kepada lebih 40 orang penduduk yang cedera diserang dengan peluru getah dan gas pemedih mata.

Ketika menyerang, tentera Zionis menghalang penduduk lari menyelamatkan diri. Mereke turut merampas rakaman kamera keselamatan dari bangunan-bangunan kedai sekitar.

(PIC, MEMO, IMEMC)

SHARE