GAZA, 25 Sep 2018 — Seorang pemuda Gaza terkorban manakala 90 yang lain tercedera diserang oleh tentera Zionis ketika mereka menyertai perhimpunan aman di kawasan pantai utara Gaza semalam.

Pemuda Muhammad Fayiz Salim Abu Shadiq, 21, meninggal dunia sejurus tiba di Hospital al-Shifa, akibat kecederaan ditembak di bahagian kepala. 90 orang lain tercedera, termasuk 10 orang yang terkena tembakan peluru hidup.

Sementara itu, jurukamera dari agensi berita Turki, Anadolu, turut tercedera terkena tembakan kelonsong bom pemedih mata di bahagian kakinya. Kamera dan peralatan beliau juga musnah ditembak ketika membuat liputan.

Perhimpunan bagi kempen Pelayaran Kebebasan Ke-9 adalah satu bentuk demonstrasi laut dari pelabuhan Gaza menuju ke utara Gaza berdekatan sempadan, menuntuk dihentikan sekatan yang telah berlarutan sejak 12 tahun lalu.

Tentera laut Zionis menyekat demonstrasi tersebut dengan melepaskan tembakan peluru hidup dan bom gas pemedih mata.

(PIC, Maan, IMEMC)

SHARE