Serangan di al-Aqsa telah dirancang awal

BAITULMAQDIS, 29 Julai 2018 — Timbalan Ketua Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948, Sheikh Kamal al-Khatib, mendakwa bahawa serangan pasukan polis Zionis ke atas jemaah solat Jumaat di Masjid al-Aqsa dua hari lalu telah dirancang lebih awal, dan bukan sekadar reaksi terhadap suasana di tapak suci itu.

Menurut beliau, detik serangan tersebut secara sengaja dipilih bersempena 27 Julai, bertepatan dengan tarikh projek pemasangan pagar besi yang berjaya dipatahkan oleh penduduk Baitulmaqdis pada tahun lalu. Justeru, serangan tersebut merupakan satu balas dendam ke atas kemenangan penduduk Palestin ke atas Masjid al-Aqsa.

Sheikh Kamal memuji ketabahan penduduk Baitulmaqdis, dan menegas bahawa serangan seumpama itu tidak akan sekali-kali mematah semangan penduduk Palestin dalam mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts