Serangan Memasuki Fasa 3 dan Fasa 4?

Isnin, 12/01/209 – Israel telah menyatakan perancangan serangan tahap ketiga, iaitu serangan yang lebih luas, dengan memperhebatkan lagi serangan udara dan serangan darat. Untuk itu mereka menyebarkan lebaran risalah kepada penduduk Gaza, pada Sabtu (10/1) lepas.

Majlis Keselamatan Israel berkata mereka tidak melawan penduduk Gaza, tetapi hanya melawan Hamas dan teroris. Selamatkan diri anda dengan mengikuti perintah kami,” demikian bunyi lebaran itu.

Pejabat Israel mengatakan militer sedang menyiapkan serangan fasa ketiga, iaitu seluruh pasukan masuk ke Gaza lebih jauh lagi. Namun perancangan ini masih menunggu persetujuan pemerintah. Selain dari itu, mereka juga menyiapkan fasa darurat, tahap keempat, iaitu menduduki Gaza dan menumbangkan Hamas. ap/afp/sas

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts