Serangan Roket Gaza Sampai Ke Bethlehem

bethlehemGAZA, 8 Julai 2014 (Ma’an | IMEMC) — Puluhan roket dilancarkan oleh mujahidin Gaza dengan menyasarkan wilayah selatan negera haram Zionis dan kawasan Tebing Barat yang terjajah, di mana tiga daripadanya jatuh di Bethlehem berdekatan penempatan haram Yahudi di Gush Etzion yang jaraknya lebih 50 km dari Gaza.

Berikutan serangan itu, tentera Zionis melancarkan dua serangan udara ke atas kawasan utara Gaza selepas rentetan serangan roket dari Gaza ke kawasan selatan wilayah Palestin yang terjajah.

Serangan pertama menyasarkan kawasan pertanian di al-Sudaniya di utara Gaza, manakala serangan kedua berlaku di al-Safina di barat Gaza City. Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, Hamas mengajak semua kumpulan pejuang Palestin bersatu tenaga melawan Zionis. Mereka juga menyeru supaya Palestinian Authority “memutuskan di mana pendirian mereka” berkaitan perkembangan terbaharu ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts