Serangan tentera Zionis musnahkan tapak seni dan budaya Palestin

GAZA, 16 Julai 2018 — Serangan bom tentera Zionis ke atas Gaza semalam jelas menyasarkan penduduk dan kemudahan awam, termasuk tapak warisan penting yang dibina bagi mengekalkan seni dan budaya Palestin.

“Perkampungan Seni dan Kraftangan” seluas 1,000 meter persegi yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Gaza itu telah diasaskan oleh almarhum Presiden Yasser Arafat pada tahun 1998. Ia dipenuhi dengan bahan-bahan arkeologi termasuk barangan tembikar, kraf logam dan berbagai bahan sejarah penting yang lain, di dalam empat buah bangunan.

Serangan tersebut turut merosakkan bangunan-bangunan di sekitarnya, termasuk Kementerian Wakaf dan pejabat NGO Turki, Humanitarian Relief Foundation (IHH).

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts