jews-2Salah seorang pemimpin Yahudi yang terlibat dalam proses menyerang Gaza ialah Livni atau nama penuhnya Tzipora Malka ‘Tzipi’ Livni iaitu Menteri Luar Israel yang dikatakan bakal menjadi perdana menteri negara Yahudi itu selepas pilihan raya umum Februari depan. Usianya sudah separuh abad, merupakan anak kepada pendatang Yahudi dari Poland.

Beliau pernah bekerja dengan agensi perisikan Israel, Mossad selama dua tahun pada 1980-an dan berpengalaman dalam bidang ketenteraan kerana pernah menjawat pangkat leftenan ketika bersama Israel Defence Force (IDF).

Mendapat ijazah dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Bar Ilan, Israel, Livni boleh berbahasa Inggeris dan Perancis selain Hebrew.

Dalam arena politik Israel, beliau adalah ketua parti Kadima.

Selain menjadi penyokong kuat bekas perdana menteri yang ganas, Ariel Sharon, beliau juga digelar sebagai ‘ahli politik kedua berpengaruh di Israel’ dan dipilih antara 100 orang yang berpengaruh di dunia. Forbes meletakkannya di tangga ke-52 sebagai wanita berpengaruh bagi tahun 2008.

Mewarisi fikiran, sikap dan tindak tanduk Ariel Sharon, Livni menyatakan dengan tegas bahawa ‘sesiapa sahaja yang menentang askar Israel adalah musuh, dan kami akan melawan balik.’

Dalam serangan Israel ke atas Gaza, Livni didapati kerap mengeluarkan kenyataan yang mempertahankan tindakan askar Israel membunuh orang awam. Di sebalik tekanan antarabangsa, askar Israel terus membuat onar dan meneruskan agenda pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin. Kenyataan beliau yang angkuh dan tidak dapat diterima ialah ‘tidak ada krisis kemanusiaan di Gaza’ yang menyebabkan rasa marah di kalangan pemimpin negara-negara Islam seluruh dunia.

Tindakan wanita ini selari dengan kepimpinan Ariel Sharon yang membenci Palestin. Dia juga tidak gentar dengan ancaman masyarakat antarabangsa kerana di belakang negara haram ini adalah Amerika Syarikat yang sentiasa menyokong apa sahaja tindakan zalim Yahudi. Baginya, kempen serangan ini adalah masa terbaik untuk menonjolkan sikap ganas Yahudi ke atas Palestin bagi meningkatkan popularitinya sebagai calon pilihan untuk jawatan perdana menteri dalam pilihan raya 10 Februari kelak.

Pemimpin Amerika sendiri membiarkan rejim Yahudi meneruskan keganasan ke atas Gaza dengan berdolak-dalik pelbagai alasan bagi menghalalkan pembunuhan tersebut.

Askar-askar Yahudi membunuh 100 orang rakyat Palestin sehari tetapi Hamas mengambil masa setahun untuk membunuh 10 orang askar Yahudi. Itu pun hanya menggunakan roket yang dilancarkan secara rambang.

Di sebalik 12 hari serangan Israel ke atas Gaza, moral dan semangat askar-askar Yahudi pada hakikatnya semakin lemah sehingga memaksa IDF’s Jewish Consciousness Field (JCF)  atau Tchum Toda’ah Yehudit iaitu cawangan agama IDF menyediakan 10,000 buah mp3 kepada ketumbukan askar Yahudi yang sedang menyerang Gaza.

Kandungan mp3 ini ialah memuatkan kata-kata semangat dari para rabbi Yahudi yang menunjukkan kebencian yang amat ketara ke atas umat Islam dan rakyat Palestin. Antara mereka ini ialah,

1. Rabbi Tzadok Ben-Artzi, ketua JCF.

‘Tujuan peperangan ini ialah menyelamatkan orang Yahudi daripada musuh-musuhnya.’

 [to save the Jewish people from its enemies]

‘Peperangan  di Gaza ini adalah sebahagian daripada peperangan besar yang ditujukan kepada Yahudi untuk melenyapkan syaitan di dunia ini.’

[the war in Gaza is part of a much larger mission designated for the Jewish people to eradicate evil in the world]

2. Rabbi Yehuda Zoldan

‘Melihat perang dengan Islam sebagai pertempuran bagi membersihkan kejahatan di muka bumi.’

 [see the war with Islam as battle to wipe evil off the face of the earth]

Kesediaan IDF menggunakan elemen agama dalam peperangan di Gaza menunjukkan serangan berkenaan bukan sekadar hendak melemahkan Hamas sebaliknya membunuh seberapa ramai orang Islam dan Palestin atas dasar arahan agama, sesuatu yang tidak pernah dipandang oleh golongan Arab dan masyarakat dunia yang lain. Mereka yang masih menganggap serangan Israel ini sebagai krisis dalaman pada hakikatnya telah melakukan kesilapan besar kerana matlamat Yahudi sebenarnya adalah menghapuskan Islam dan mengukuhkan kedudukan Yahudi-Zionis di rantau itu. Askar-askar Israel yang dilatih untuk tidak takut dengan pembunuhan, darah dan mayat kanak-kanak akan bertindak melakukan apa sahaja supaya cita-cita agung Zionis akan tercapai.

SHARE