Sheikh Al-Aqsa Dihukum Penjara 11 Bulan

AL-QUDS, 26 Mac 2015 (Ma’an) — Sheikh Raed Salah Abu Shakra telah dijatuhkan hukuman penjara selama 11 bulan atas tuduhan menghasut keganasan dan menyampaikan ucapan perkauman. Pemimpin Pergerakan Islam di wilayah Palestin 1948 yang terjajah itu disabitkan kesalahan dalam satu ucapan beliau di Wadi al-Joz di Al-Quds Timur lapan tahun lalu.

Beliau yang juga terkenal sebagai Sheikh Al-Aqsa dan sekian lama diharamkan daripada memasuki Kota Lama Al-Quds, dalam ucapannya mengecam tindakan pihak Zionis memusnahkan beberapa tempat suci di sekitar perkarangan Masjid al-Aqsa, masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. Pemusnahan oleh rejim Zionis itu telah menimbulkan bantahan dari kalangan penduduk Palestin, justeru Sheikh Raed Salah dikaitkan sebagai pencetus bantahan tersebut.

Sheikh Raed Salah, 58 tahun, telah beberapa kali dikenakan hukuman penjara sebelum ini. Pada bulan Mac tahun lalu, sebuah mahkamah Zionis menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas beliau atas tuduhan menghasut Muslim dan Arab supaya memulakan intifadah pada tahun 2007.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts