Sheikh Al-Aqsa Kecam Ugutan ISIL

ISTANBUL, 8 Julai 2015 (WorldBulletin) — Serangan oleh kumpulan militan ISIL di Gaza boleh membawa kepada ketegangan di seluruh rantau tersebut dan membawa mudarat kepada Islam.

Sheikh Raed Salah yang juga terkenal sebagai Sheikh Al-Aqsa, dalam kenyataan beliau kepada Anadoulu Agency melahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan serangan ISIL di Gaza. “Tidak ada siapa yang boleh menduga apa yang akan berlaku sekiranya ISIL menjadi aktif di Gaza,” kata ikon perjuangan Palestin tersebut.

Minggu lalu, sebuah laman sesawang yang dikaitkan dengan ISIL telah menyiarkan sebuah video yang membuat ugutuan untuk menjatuhkan Hamas dan mengambil alih kawalan ke atas Gaza, kerana pergerakan Hamas – yang memerintah wilayah terkepung itu sejak 2007 – dituduh gagal melaksanakan undang-undang Islam di wilayah tersebut.

Sheikh Raed yang memimpin Gerakan Islam di kawasan Palestin 1948 itu mengecam ugutan kumpulan pelampau tersebut. “Kami menolak sepenuhnya semua tindakan dan serangan yang dilakukan oleh pertubuhan teroris ISIL,” kata beliau. “ISIL membawa mudarat kepada Islam.”

Selain daripada ugutan untuk menyerang Hamas, ISIL juga berikrar untuk memusnahkan “negara Yahudi (Israel) dan kumpulan sekular Palestin (Fatah).”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts