BAITULMAQDIS, 8 Jan 2019 — Ketua Majlis Tertinggi Islam di kota suci Baitulmaqdis, Sheikh Ekrima Sabri semalam mengecam lawatan provokatif Penasihat Keselamatan Amerika, John Bolton, ke Kota Lama termasuk kawasan Tembok Ratapan dan terowong bawah tanah yang digali secara haram di bawah Dataran al-Buraq.

Lawatan tersebut dilhat sebagai sokongan kepada proses Yahudisasi ke atas kota suci. Rejim Zionis cuba menghapuskan identiti Islam di Baitulmaqdis dengan mendedahkan rancangan yang didukung penuh oleh Amerika, “Deal of the Century – Kesepakatan Abad Ini”, secara berperingkat di rantau tersebut.

Ahad lalu, Bolton yang diiring oleh Duta Besar Amerika David Friedman dan beberapa orang pemandu pelancong membuat lawatan ke Dataran al-Buraq.

Bolton kemudian berkunjung ke terowong bawah tanah di Kota Lama Baitulmaqdis, yang digali secara oleh rejim Zionis, di mana beliau diberi penerangan tentang “Kuil Yahudi” oleh jurutera dan rabai Yahudi.

Beliau menyifatkan kerja-kerja yang dilakukan oleh rejim Zionis sebagai satu “kejayaan hebat dalam mendedahkan semua sejarahnya, dari permulaan peradaban kita”.

(PIC)

SHARE