Sheikh Kamal al-Khattib Dihalang Masuk Al-Aqsa

AL-QUDS, 10 Dis 2017 — Pasukan polis Zionis hari ini menghalang timbalan ketua Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948, Sheikh Kamal al-Khatib, daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Zuhur tegahari tadi.

Seorang anggota polis Zionis menyekat Sheikh Kamal di Pintu al-Asbat dan mengarahkan beliau supaya tidak mengambil sebarang foto atau bercakap kepada jurnalis, sebagai syarat membenarkan beliau masuk. Beliau bagaimanapun enggan memenuhi syarat tersebut.

Dalam kenyataan beliau, Sheikh Kamal menegaskan bahawa al-Aqsa akan tetap menjadi milik umat Islam walaupun berhadapan dengan kejahatan dan sekatan oleh rejim Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts