Sheikh Khatib dibebaskan selepas disoal siasat

KAFR KANNA, 23 Jan 2018 — Polis Zionis membebaskan timbalan ketua Pergerakan Islam Wilayah 1948 Sheikh Kamal Khatib tengahari tadi, beberapa jam selepas menangkap beliau dari rumahnya di Kafr Kanna.

Pasukan polis menangkap Sheikh Khatib selepas memecah masuk rumah beliau dan melarikannya ke pusat interogasi al-Qusla di Nazareeth.

Terdahulu, beliau menerima notis melanjutkan larangan berada di kota Baitulmaqdis ke atas beliau. Rejim penjajah melarang beliau memasuki Masjid al-Aqsa dan kota suci Baitulmaqdis sejak November 2015.

Sheikh Khatib telah beberapa kali ditangkap dan disoal siasat atas kaitan beliau dengan Pergerakan Islam dan peranan beliau dalam mendedahkan cubaan yahudisasi oleh pihak rejim penjajah.

(PIC, MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts