Sheikh Omar dihukum penjara 6 bulan atas tuduhan mengasut

AL-QUDS, 26 Sep 2016 (Maan) — Mahkamah majistret Zionis di al-Quds hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan ke atas imam Masjid al-Aqsa Sheikh Omar Abu Sara, 51, atas tuduhan menghasut keganasan ke atas Yahudi dalam satu ceramah beliau di masjid suci itu pada 28 November 2014.

Sheikh Omar ditangkap pada 1 Januari 2015 dan dipenjara selama lima hari, di mana beliau disoal siasat tentang syarahan beliau yang bertajuk “Ciri-ciri Yahudi dalam al-Quran.” Beliau kemudiaan dibebaskan dan dikenakan tahanan dalam rumah selama enam hari. Beliau juga diharamkan memasuki al-Aqsa selama 60 hari.

Sheikh Omar menafikan tuduhan pihak rejim dan menjelaskan bahawa kuliah tersebut tidak menyentuh isu perkauman mahupun menghasut, tetapi merupakan satu pengajaran agama berdasarkan ayat-ayat al-Quran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts