Sheikh Raed Salah dibebas dengan syarat tahanan dalam rumah

BAITULMAQDIS, 5 Julai 2018 — Mahkamah Majistret Zionis di kota Haifa hari ini membebaskan Sheikh Raed Salah, dengan dikenakan tahanan dalam rumah dan beberapa syarat lain.

Beliau dibebaskan selepas dikurung dalam penjara secara berseorangan selama setahun.

Sheikh Raed akan meneruskan hukuman tahanan dalam rumah di bandar Kafer Kanna di utara Wilayah Palestin Yang Terjajah dan diwajibkan memakai gelang elektronik. Syarat-syarat lain termasuklah tidak dibenarkan memasuki kawasan tempat asalnya di Umm al-Fahm, serta beberapa kekangan pergerakan dan perhubungan dengan orang lain. Beliau juga tidak dibenarkan melawat atau menghubungi pihak media.

Beliau ditangkap dari rumahnya di bandar Umm al-Fahm pada bulan Ogos 2017, atas tuduhan mencetus keganasan. Sheikh Raed adalah salah seorang pemimpin Pergerakan Islam, sebuah pertubuhan kebajikan yang diharamkan oleh rejim Zionis pada tahun 2015.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts