Sheikh Raed Salah diikat kaki dan tangan, dirantai

AL-QUDS, 24 Sep 2017 — Ketua Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948 Sheikh Raed Salah diikat tangan dan kaki, kemudian dirantai kedua-duanya, ketika dibawa dari penjara Ramon menuju ke mahkamah di al-Jalama selama lebih 10 jam.

Bercakap selepas sesi perbicaraan di mahkamah, Sheikh Raed berkata pihak penjara menggunakan dua rantai untuk mengikat tangan dan kakinya, manakala satu lagi rantai diguna untuk mengikat kedua-dua rantai tadi. “Saya rasa seperti akan patah tangan,” kata beliau.

Sheikh Raed dikurung atas tuduhan menghasut keganasan melalui aktiviti anti-penjajah.

Beliau ditangkap pada 15 Ogos lalu. Sebelum ini, Sheikh Raed ditangkap dan dipenjara beberapa kali mempertahankan Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts