Sheikh Raed Salah dikurung berseorangan

GURUN NAQAB, 4 Julai 2016 (MEMO) — Ahli Parlimen Dr Yousef Jabarin yang melawat Sheikh Raed Salah di penjara Ramon di Gurun Naqab mengesahkan bahawa tokoh Palestin itu dikurung dalam penjara berseorangan dan terpisah dari semua tahanan lain.

Dr Yousef mendakwa bahawa Sheikh Raed ditahan di penjara Ramon sebagai satu bentuk hukuman ke atas semua ahli keluarga beliau, kerana mereka perlu melalui perjalanan yang sukar dan jauh untuk melawat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts