Sheikh Raed Salah ditahan lagi

UMM AL-FAHM, 15 Ogos 2017 — Pemimpin Pergerakan Islam Wilayah Palestin 1948 cawangan utara, Sheikh Raed Salah, ditangkap oleh pasukan khas polis Zionis dari rumahnya di kejiranan Mahajina, perkampungan Umm al-Fahm awal pagi tadi.

Polis Zionis dan badan perisikan Shin Bet memecah masuk dan menggeledah rumah beliau, sebelum menangkapnya atas tuduhan menghasut serta mendukung pertubuhan “haram.” Mereka turut merampas dua buah komputer.

Sheikh Raed dituduh menghasut dalam satu rangkap madah, yang sebenarnya petikan ayat al-Quran, di majlis pengkebumian tiga penduduk Palestin yang membunuh dua orang polis Zionis.

Sheikh Raed kali terakhir ditangkap atas tuduhan menghasut pada bulan Mei 2016, dan kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara dalam kurungan berseorangan selama sembilan bulan.

Rejim Zionis mengharamkan Pergerakan Islam sejak tahun 2015, di mana puluhan pertubuhan dan badan kebajikan turut ditutup atas tuduhan terbabit dengan pergerakan itu.

Pemimpin yang terkenal sebagai Sheikh al-Aqsa itu dilahirkan di Umm al-Fahm pada tahun 1958. Beliau berkelulusan Undang-Undang Islam dari Universiti al-Khalil, dan pernah menjawat Datuk Bandar Umm al-Fahm selama tiga penggal berturut-turut dari 1987 hingga 2001.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts