Sheikh Raed Salah jalani hukuman penjara 17 bulan

NAZARETH, 16 Ogos 2020 — Pemimpin Pergerakan Islam di Wilayah Palestin 1948 yang terjajah, Sheikh Raed Salah, hari ini memulakan hukuman penjara selama 17 bulan.

Beliau dihukum penjara selama 28 bulan oleh mahkamah majistret Zionis di Haifa pada 10 Februari lalu, atas beberapa tuduhan termasuk menghasut keganasan dan menyokong pertubuhan haram [Pergerakan Islam]. Sebelum itu beliau telah dipenjara dibawah tuduhan tersebut selama 11 bulan, termasuk dalam kurungan berseorangan, dan kemudian dikenakan tahanan dalam rumah.

Ratusan penduduk Palestin termasuk ibu dan ahli keluarga mengiringi beliau ke penjara Jalamah.

Sebagai ucapan perpisahan, Sheikh Raed Sheikh Raed menyeru penduduk Palestin supaya terus berada di Masjid al-Aqsa dan mempertahankannya.

“Bahasa [ancaman] penjara tidak akan menakutkan kita, dan betapa hinanya mereka yang ingin menguasai Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa melalui pintu penjajahan,” kata beliau.

Beliau yakin kemenangan Palestin ke atas penjajahan Zionis akan tiba, dengan bantuan saudara-saudara Arab dan Islam yang setia.

(Palinfo, Ilkha)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts