Sheikh Watad diharamkam memasuki al-Aqsa selama sebulan

AL-QUDS, 8 Jun 2016 (PIC) — Pihak berkuasa Zionis mengharamkam ketua Suruhanjaya Tertinggi bagi Mendukung al-Quds dan al-Aqsa, Sheikh Muhammad Watad, daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk tempoh selama sebulan.

Sheikh Watad dilaporkan menerima panggilan telefon dari pusat tahanan Qisleh, mengarahkan beliau hadir untuk disoal siasat. “Penyiasat Zionis mendakwa saya merupakan satu ancaman ke atas Masjid al-Aqsa, dan menuduh saya merusuh, sebelum menjatuhkan hukuman larangan ke atas saya selama sebulan, yang boleh sahaja dilanjutkan,” jelas beliau. “Bagaimana mungkin seorang yang terpaksa bergantung kepada tongkat untuk berjalan mencetuskan rusuhan?”

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa tindakan Zionis itu akan membuatkan penduduk Islam semakin kuat, dan mendorong mereka untuk mempertahankan hak mereka serta tapak suci umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts