Siapa Dalang Membunuh Mahmud Mabhuh, Tokoh Brigade Al-Qassam

mahmudSebuah laman sesawang Israel, “Central Issues” dalam laporannya menyatakan bahawa agen-agen Mossad bertanggung jawab penuh atas pembunuhan keji terhadap Mahmud Mabhuh yang merupakan salah seorang tokoh terkemuka dalam sayap ketenteraan Hamas, Brigade Al-Qassam. Beliau juga dan termasuk sebagai komandan senior serta salah seorang pendiri Brigade Al-Qassam.

Mahmud memasuki Universiti Emirat Arab pada 19 Januari yang lalu, namun jasadnya ditemui telah meninggal dunia di sebuah hotel tempat ia menginap selama beliau berada di Dubai.

Mnurut lawan sesawang Israel tersebut, pembunuh Mahmud berjumlah empat orang dan merupakan agen-agen Mossad yang dilengkapi dengan informasi yang tepat mengenai keberadaan Mahmud selama kunjungannya di Dubai.

Laman itu juga menyatakan bahawa penyelidikan kes pembunuhan terhadap Mahmud, kemungkinan besar ada kaitannya dengan perancangan Mahmud untuk membeli senjata dari Iran dan perancangan menyeludup senjata-senjata tersebut ke Tebing Barat.

Walaubagaimanapun menurut hasil penyelidikan rasmi dari polis Dubai, mereka mendakwa telah berhasil mengungkap misteri kematian Mahmud Mabhuh. Mereka berpandangan bahawa kempulan jenayah terkenal dari Eropah yang terlibat dalam konspirasi pembunuhan Mahmud.(fq/imo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts