Siswi Palestin Dikenakan Tahanan Pentadbiran

4 Nov 2015 (IMEMC) — Mahkamah tentera Zionis menjatuhkan hukuman tahanan pentadbiran ke atas seorang siswi Universiti Birzeit, Jurin Sa’id Qadah, selama tiga bulan tanpa sebarang pendakwaan.

Jurin Sa’id, 19 tahun, diculik ketika tentera Zionis menyerang rumahnya di perkampungan Shiqba berdekatan Ramallah pada 28 Oktober lalu. Beliau tercedera dalam serangan tersebut dan dibawa ke penjara HaSharon.

Beliau merupakan wanita Palestin yang kedua dikenakan tahanan pentadbiran, selepas Asma’ Hamdan dari Nazareth yang ditahan selama tiga bulan.

Rejim Zionis sehingaa kini menahan seramai 500 orang Palestin di bawah tahanan pentadbiran. Hampir 6,700 orang lain, termasuk 30 orang wanita, ditahan di 22 buah penjara dan pusat tahanan.

Jawatankuasa Tahanan Palestin dalam kenyataannya menyebut seramai 1,520 orang Palestin sepajang bulan Oktober lalu, di mana 60% daripadanya adalah kanak-kanak. Majoriti tangkapan dibuat di kawasan Al-Quds, diikuti oleh kawasam Al-Khalil. Seramai 350 orang kanak-kanak kini berada dalam tahanan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts