SMK Tun Perak Cakna Palestin

HALUANPalestin Melaka telah berjaya mengadakan ceramah kesedaran Palestin dan perkongsianĀ  Pengalaman Aktivis Kapal Mavi Marmara di Serang pada 11 November 2010 (Khamis) di Surau Sekolah. Menengah Kebangsaan Tun Perak Melaka. Program yang bermula selepas solat Isyak tersebut telah menghimpunkan pelajar dan guru sekolah bagi mendengar sendiri perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh Tn. Hj. Noorazman Bin Mohd Samsuddin, Pengerusi HALUANPalestin Pusat.

Pihak sekolah turut mengadakan kutipan sumbangan untuk tabung Palestin dan Alhamdulillah sejumlah RM436.05 berjaya diperolehi pada malam tersebut. Pada malam tersebut juga turut diadakan pameran dan jualan barangan Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts