Soalan-Soalan Lazim Berkaitan HALUAN Palestin

Kewajipan (terhadap rakyat Palestin) pada ketika ini adalah, seluruh pihak memberikan bantuan bagi memenangkan saudara mereka dan menyelamatkan mereka. Setiap orang dengan kemampuan masing-masing. Menghulurkan bantuan persenjataan, bekalan makanan, modal, harta, pakar-pakar, dan menyahut permintaan mereka dengan secepat mungkin, lebih-lebih lagi di saat genting.

Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi, Ketua Persatuan Ulama Sedunia

Anda boleh menyumbang bantuan kewangan melalui
Nama Akaun: Tabung Palestin HALUAN
BIMB: 14-023-01-003429-2
Maybank: 5644 9020 8528

HALUAN melihat sumbangan tuan/puan sebagai amanah berat yang dipikul untuk disampaikan secara segera dan terbaik kepada sasaran. Kami amat sedar bahawa amanah tersebut akan dipersoal oleh Allah SWT ketika kita bertemu denganNya di akhirat kelak.

Dari segi teknikal, walaupun urusan bantuan dilaksanakan melalui Biro HALUAN Palestin, semua transaksi kewangan dikawal dan harus diluluskan oleh Unit Kewangan HALUAN. Urusan kewangan tersebut kemudian diperhalusi oleh oleh satu jawatankuasa dari kalangan kepimpinan senior HALUAN.

Pelaksanaan projek-projek dan misi-misi bantuan melibatkan kos pengurusan yang diambil dari hasil sumbangan. Bagaimanapun, HALUAN Palestin menetapkan kos pengurusan diambil hanya untuk memenuhi keperluan pelaksanaan secara minima. Sejak ditubuhkan, kos tersebut tidak pernah melebihi 11% dari jumlah sumbangan, walaupun garis panduan kerajaan membenarkan kos pengurusan diambil dari kutipan sumbangan sehingga maksimum 40%.

Urusan menghantar bantuan dilaksanakan oleh para sukarelawan yang lazimnya membelanjakan wang sendiri tanpa tuntutan.

Amanah wang masyarakat Malaysia yang disalurkan melalui HALUAN disampaikan secara langsung melalui kerjasama beberapa NGO dan pihak berwajib, termasuk Kementerian Wakaf Palestin di Gaza.

Sebahagian lagi bantuan melibatkan bantuan secara langsung kepada sasaran, seperti projek membaiki bangunan Universiti Islam Gaza, bantuan fasiliti University College of Applied Sciences Gaza, serta tajaan pelajar Palestin di Malaysia.

Demi menjaga kepentingan ahli, masyarakat dan negara, HALUAN sentiasa menghormati pandangan dan nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri dan juga Wisma Putra dalam mana-mana misi bantuan. HALUAN juga memastikan undang-undang antarabangsa dan negara berkenaan dihormati sepenuhnya, agar semua amanah masyarakat Malaysia yang dipikul dapat ditunaikan dengan sempurna. HALUAN dengan kerjasama pihak kerajaan dan rakan-rakan NGO prihatin yang lain akan terus menyumbang kepada usaha pemulihan dan pembelaan rakyat Palestin melalui projek-projek keperluan strategik dan jangkamasa panjang, termasuk untuk pelarian Palestin yang berada di luar negara seperti Jordan, Syria, Lubnan dan Iraq. Semua projek bantuan jangka panjang yang dipersetujui oleh HALUAN dan Al-Sarraa Foundation, iaitu sebuah NGO yang ditubuhkan dan diuruskan oleh para aktivis Robitah Ulamak Palestin, dibuat melalui saluran rasmi kerajaan Palestin di Gaza yang mensyaratkan semua bantuan dari luar membuat laporan kepada Kementerian Dalam Negeri Palestin. Oleh itu, sebahagian besar daripada projek-projek tersebut dijalankan melalui kerjasama Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin di Gaza. Semua transaksi dibuat secara telus dan rasmi melalui penyerahan resit dan laporan kewangan. InsyaAllah laporan perkembangan projek-projek bantuan ini akan diumumkan melalui laman web HALUAN Palestin untuk makluman semua dermawan.

Sejak ditubuhkan, HALUAN Palestin telah menyalurkan sumbangan masyarakat Malaysia ke Gaza, kota Baitulmaqdis dan kem-kem pelarian di Syria, Jordan, Lubnan serta Iraq. Selain bantuan bencana dan kecemasan, HALUAN memberi fokus kepada tiga sektor utama iaitu a) pendidikan, b) pembelaan anak yatim, dan c) perubatan/kesihatan.

Berikut adalah antara bantuan yang telah disempurnakan

Berikut adalah peojrk bantuan yang masih berterusan

ISIS merupakan satu pertubuhan yang samar. Ulamak-ulamak Syria terutamanya percaya pertubuhan ini adalah di bawah tajaan kuasa Barat dan dianggotai oleh orang yang bersemangat jihad yang baharu memeluk Islam atau yang masih jahil. Penubuhannya adalah bertujuan untuk memecah belahkan mujahidin dan melambatkan kemenangan revolusi atau mujahidin yang sebenar.

ISIS beroperasi di kawasan tertentu di Syria. Setakat yang kami tahu, tiada penglibatan atau operasi ISIS dalam perjuangan di Palestin. Hanya mereka yang berada atau berkhidmat di kawasan yang dikuasai ISIS sahaja yang mengenali mereka.

Dipercayai bahawa ISIS dipimpin oleh bekas pemimpin al-Qaeda Syria dan Iraq.

Mereka membunuh rakyat, termasuklah bayi, anak-anak dan wanita, dan sesiapa sahaja yang tidak bersama dengan mereka atas alasan mereka (yang tidak bersama mereka itu) murtad atau pemberontak negara Islam.

Ini adalah jelas menggambarkan sifat keganasan yang jauh dari ajaran Islam yang kita percayai dan amalkan. HALUAN bersikap jelas menolak sama sekali sebarang unsur keganasan dan kerosakan, samada ia berlabelkan Islam atau tidak. Sebagai langkah mengelak daripada unsur sebegini, HALUAN mendapatkan pandangan dan nasihat pihak berwajib khususnya Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara dalam melaksanakan projek atau aktiviti kemanusiaan di lokasi berisiko.

Semua relawan HALUAN perlu melalui proses latihan yang tersusun bagi melayakkan mereka berkhidmat dalam masyarakat. Tuan-puan boleh dapatkan borang relawan daripada wakil-wakil HALUAN yang bertugas dalam program-program anjuran HALUAN.

Anda juga boleh menghantar borang permohonan menjadi relawan secara on-line di laman web HALUAN.

Setelah berjaya mendaftar, mengikuti latihan dan memenuhi kelayakan-kelayakan yang ditetapkan seperti akhlak yang baik, amanah, kemahiran teknikal dan kelayakan fizikal, tuan-puan bolehlah menyertai misi-misi HALUAN.

Benar. Membantu Palestin tidaklah bermakna kita mengabaikan hak orang susah di negara sendiri dan di tempat lain. Kedua-duanya ada hak untuk dibantu mengikut kadarnya berpandukan fikh keutamaan amal.

Sungguhpun HALUAN melalui Biro HALUAN Palestin dan Biro Misi Kemanusiaan ditubuhkan khusus bagi menangangi isu Palestin dan bencana samada di dalam mahupun di luar negeri, kami juga mempunyai beberapa biro-biro lain yang memberi fokus kepada permasalahan masyarakat kita di negara sendiri. Sebagai contoh, HALUAN juga mengendalikan asrama anak yatim dan miskin di Shah Alam dan juga bantuan dan dakwah kepada masyarakat Orang Asal dan miskin.

HALUAN juga mengambil beberapa buah kampung miskin di Bachok, Kelantan dan Kunak, Sabah sebagai kampung angkat bagi mengendalikan program pendidikan anak-anak dan warga miskin.

Sekiranya anda mempunyai persoalan berkenaan HALUAN Palestin, atau permasalahan Palestin, sila kemukakan di bawah:

Terima kasih!

Terima kasih atas komen atau cadangan anda.