Solat Jumaat pertama di Masjid Ayasofya sejak 86 tahun

ISTANBUL, 24 Julai 2020 — Turki hari ini sekali lagi mencoret sejarah semangat kebangkitan Islam apabila penduduk dan pengunjung kota Istanbul membanjiri monumen hebat Ayasofya (Hagia Sophia) untuk mendidirikan solat Jumaat buat pertama kali sejak 86 tahun lalu.

Sebelum berlangsungnya upacara solat, Presiden Recep Tayyip Erdogan melantunkan bacaan al-Quran dari Surah al-Fatihah dan al-Baqarah. Kemudian, empat orang muazin melaungkan azan dari menara-menara di empat penjuru masjid.

Sekitar 350,000 orang dari Turki, Eropah dan Timur Tengah menyertai detik bersejarah itu, sehingga memenuhi jalan-jalan sekitarnya.

Seleps mendirikan solat, Presiden Erdogan melawat makam Fatih Sultan Mehmet, yang membebaskan kota Konstantinopel (kini Istanbul) dari Kerajaan Byzantin dalam kurun ke-15. Beliau berkata, “Kini tempat ini kembali kepada asalnya, ia adalah sebuah masjid yang kembali menjadi sebuah masjid [setelah ditukar menjadi sebuah muzium]. Saya berdoa ia akan kekal sebagai sebuah masjid.” Katanya lagi, sebagai sebuah warisan budaya kepada semua kemanusiaan, ia [Hagia Sophia] adalah satu tempat di mana semua orang dari semua agama boleh datang melawatnya.

Dalam penyampaian khutbahnya, khatib Ali Erbas antara lain menyebut bahawa Hagia Sophia adalah simbol hormat-menghormati serta moral sesama agama. “Masjid merupakan sumber kesatuan, saling mempercayai dan keharmonian.”

Pada 19 Julai, mahkamah turki memansuhkan keputusan Kabinet Turki pada tahun 1934 yang menukar status Hagia Sophia dari sebuah masjid menjadi muzium. Ia berfungsi sebagai sebuah gereja selama 915 tahun, sebelum dijadikan masjid selalm hampir 500 tahun. Pada tahun 1985, UNESCO memasukkan Hagia Sophia dalam senarai Tapak Warisan Dunia.

(Anadolu, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts