Stesen Jana Kuasa Elektrik Dihentikan Operasi

Gaza: 28/2/2012- Pihak berkuasa mengumumkan bahawa sumber tenaga dan bahan semulajadi untuk stesen jana kuasa di Semenanjung Gaza telah diberhentikan pada pagi waktu Palestin hari Selasa (28/2/2012), untuk kali yang kedua semenjak dua minggu ini. Hal ini disebabkan bekalan bahan api yang terhad kehabisan dan bahan-bahan tersebut telah digunakan oleh stesen dalam operasi semenjak beberapa hari yang lepas.

Perkara yang perlu diberi perhatian, pengaliran elektrik yang sampai ke rumah-rumah di Semenanjung Gaza hanya bertahan selama enam jam setiap hari sahaja, dan apabila berhentinya stesen daripada beroperasi maka ia akan menambahkan lagi penderitaan, walaupun institusi hak asasi manusia memberi pelbagai amaran kerana ia akan memberi kesan kepada pesakit-pesakit Palestin dengan ketiadaan kuasa elektrik di hospital-hospital.

Pihak berkuasa merayu dalam satu kenyataan agar pegawai-pegawai di Mesir mempercepatkan dalam menyediakan subsidi minyak yang cukup ke Gaza untuk penggunanaan jana kuasa dan melalui jalan-jalan rasmi. Seterusnya memastikan operasi jana kuasa berterusan dan mengurangkan penderitaan warga Negara Palestin. (PIP)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts