GAZA, 24 Julai 2018 — Penduduk Gaza menerima bekalan elektrik kurang dari empat jam sehari apabila stesen janakuasa tunggal di wilayah terkepung itu terpaksa ditutup selama 20 jam sejak Ahad lalu, akibat masalah bekalan minyak.

Wilayah Gaza terpaksa bergantung kepada bekalan yang disalirkan dari negara haram Zionis, yang hanya cukup untuk empat jam sehari.

Gaza memerlukan bekalan sebanyak 600 Megawatt sehari, sedangkan saliran dari rejim Zionis hanya sebanyak 120 Megawatt.

(PIC)

SHARE