Stesen janakuasa elektrik Gaza kehabisan minyak

GAZA, 18 Ogos 2016 (Maan) — Pihak stesen janakuasa elektrik Gaza hari ini mengumumkan bahawa mereka hanya mampu menghidupkan sebuah jenerator elektrik kerana kehabisan bekalan minyak.

Stesen ini tidak beroperai pada kapasiti penuh sejak beberapa tahun lalu akibat masalah bekalan minyak dan serangan tentera Zionis. Walau beroperasi pada kapasisiti penuh sekalipun, janakuasa tunggal di Gaza itu masih tidak mampu memenuhi keperluan bekalan elektrik untuk Gaza.

Selain memberi kesan kepada ekonomi Gaza, masalah bekalan elektrik juga memyebabkan tragedi kebakaran maut apabila penduduk terpaksa menggunakan lilin pada waktu malam.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts