Sumber Air Bersih Gaza Semakin Kritikal

waterJabatan Pengurusan Air Palestin pada hari Sabtu yang lepas (31/10) membentangkan hasil kajian mereka yang sangat memprihatinkan. Hasil kajian itu menyebutkan bahawa 90-95% air yang mengalir di Gaza tidak sesuai untuk diminum apabila dibandingkan dengan standard kesihatan air minuman yang dikeluarkan oleh WHO.

Dalam kajian itu juga melaporkan bahawa Gaza kini menghadapi krisis air minuman bersih yang sangat kritikal. Gaza yang dihuni lebih dari 1.5 juta penduduk itu kini hanya tertumpu dari satu-satunya sumber air tanah, yang disediakan dan di airi pemerintah untuk keperluan air minum masyarakat. Sementara saluran air dari wilayah di luar Gaza jelas sangat minimum akibat sekatan yang dilakukan Israel. Sumber air dari bawah tanah Gaza sendiri mengalami masalah kerana bercampur dengan air laut. Selain daripada itu, air yang diambil juga mengandungi kadar nitrat akibat bercampurnya air dengan kotoran, di samping kerosakan di banyak tempat akibat serangan Israel beberapa bulan lalu. terdapat 30% wilayah di Gaza yang tidak dapat diairi air oleh pemerintah.

Yang lebih memprihatinkan lagi, kandungan air yang boleh dijadikan sumber minimun ternyata tidak mencukupi. Menurut kajian, air minum bawah tanah di Gaza yang sedang digunakan dan dialirkan ini semakin berkurangan. Jika tidak segera diperbaharui keadaannya, hanya bertahan paling lama sehingga tahun 2010 sahaja. (mln/qds)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts