Suspek penembak Ofra dibunuh oleh tentera Zionis

RAMALLAH, 13 Dis 2018 — Pemuda Palestin yang menjadi suspek serangan menembak pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Ofra Ahad lalu telah ditembak mati oleh tentera penjajah Zionis malam tadi.

Kenyataan badan perisikan Zionis, Shin Bet, menyebut Saleh Omar Barghouti, 29, cedera ditembak sebelum ditangkap. Pemuda dari perkampungan Kobar itu diisytiharkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Seorang lagi pemuda yang dituduh terlibat dalam serangan tersebut turut ditangkap.

Pasukan khas tentera Zionis melepaskan tembakan ke sebuah teksi berdekatan bandar Serda, sebelum mereka menangkap Saleh yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja beliau di utara Ramallah.

Sehingga kini tentera Zionis masih menahan jenazah beliau.

Pada 9 Disember lalu, tujuh pendatang Yahudi tercedera setelah ditembak oleh orang yang tidak dikenali dari sebuah kenderaan berdekatan Ofra.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts