Suspek penyerang Ariel ditembak mati oleh tentera Zionis

RAMALLAH, 20 Mac 2019 — Pasukan perisikan Zionis, Shin Bet, mengumumkan mereka telah menembak mati suspek penyerang yang membunuh tiga Yahudi di kawasan penempatan haram Ariel pada hari Ahad lalu.

Omar Abu Laila, 19, dilaporkan meninggal dunia ketika berbalas tembakan dengan pasukan khas Yamam di sebuah rumah di perkampungan Abbwin di barat laut kota Ramallah. Menurut Shin Bet, Omar enggan menyerah diri dan sebaliknya menembak pasukan tentera dari dalam rumah beliau bersembunyi.

Tentera Zionis menyerang rumah tersebut dengan tiga tembakan roket. Mereka turut memutuskan bekalan elektrik ke perkampungan Abbwin ketika memburu suspek.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan bahawa Omar meninggal dunia.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts