Syarikat palsu dari Jordan beli tanah untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat

LONDON, 9 Ogos 2017 — Serangkaian syarikat-syarikat palsu melibatkan penduduk Palestin dan seorang Ahli Parlimen dari Jordan membeli tanah di Tebing Barat untuk kepentingan pendatang Yahudi dari kawasan penempatan haram Amona yang telah dikosongkan awal tahun ini.

Syarikat-syarikat tersebut, Watan Company, Waheeb Company dan Holy Land Company, membeli tanah di Silwad di timur Ramallah dengan harga yang sangat tinggi sehingga 60,000 Dinar Jordan untuk setiap dunam (sesuku ekar) walaupun harga pasaran hanyalah 2,000 Dinar Jordan.

Watan Company pernah cuba membeli sebidang tanah di Silwad dengan tawaran harga US$500,000 tetapi berjaya dihalang.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts