Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September 1842. Nama penuh beliau adalah Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Dia adalah anak kepada Sultan Abdul Majeed (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Persia dan dia telah belajar beberapa buku kesusasteraan dan puisi. Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah, Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.

Pada 31hb. Ogos 1876 (1293H), Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi Khalifah. Ummah memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah.

Abdul Hameed seorang sejarawan yang sentiasa merenung secara mendalam sejarah silam. Dia telah diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam tulisan dan sajak. Di sini adalah contoh sajak tulisannya, yang telah diambil daripada buku “Ayahku Abdul Hameed”, tulisan anak perempuannya, Aishah.

Terjemahan sajaknya,
“Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz) dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa, Engkau Yang Mana Esa dan tiada yang lain ├┤Ya Tuhanku pimpinlah aku dalam kepayahan ini Ya Tuhanku jadilah penolongku dalam masa yang genting ini”.

Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi adalah Midhat Pasha, Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran bapa saudaranya. Semasa Abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri-menteri, kerana Midhat Pasha sangat dikenali pada masa itu. Abdul Hameed perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang baik tetapi dia keras kepala. Midhat telah disokong oleh golongan yang berpengaruh dalam Majlis Syura. Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya dalam meluluskan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka. Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan. Tetapi mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kerugian disebabkan daripada peperangan yang tidak dijangkakan ini (miscalculated wars). Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut, Daulah Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan.
Seterusnya Abdul Hameed boleh menggunakan perbezaan di antara dia dengan Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu Midhat dan Midhat telah dibuang negeri ke Eropah. Ummah dan ahli politik menyambut baik langkah itu.

Seterusnya Abdul Hamid beralih kepada musuh luar negara Daulah Islam Uthmaniah. Dia telah mampu untuk meramalkan revolusi komunis di Russia, dan ianya akan membuatkan Russia lebih kuat dan lebih merbahaya. Pada masa itu negeri-negeri Balkan adalah sebahagian daripada Daulah Islam Uthmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya, Russia dan Austria. Abdul Hameed cuba untuk mengejutkan negeri Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahay a bakal dihadapi. Dia cuba untuk membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan, tetapi bila perjanjian mencapai peringkat akhir, empat negeri Balkan mengambil keputusan yang berasingan dan menolak Daulah Islam Uthmaniah.

Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia. Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ianya melibatkan dalaman dan luaran. Pada sangkaannya selepas menyingkirkan Midhat Pasha dan orang-orangnya sama sekali tetapi dia berhadapan pula dengan Awni Pasha, Ketua Majlis Menteri-menteri (Alsadr Alazam ) dan juga salah seorang Ketua Tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah daripada Inggeris dan peranannya dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed.

Awni Pasha cuba memaksa Daulah Islam Uthmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan kehendak Abdul Ha meed. Abdul Hameed mengetahui jika peperangan berlaku; Russia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro, Itali dan Perancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas.

Awni Pasha telah memberi maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa ada 200,000 askar yang bersiap sedia. Tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan daripada Jeneral yang lain dan mendapati hanya ada 30,000 askar, untuk menghadapi lebih 300,000 askar. Pada masa itu, Ummah menyukai Awni dan Abdul Hmeed tidak boleh menyingkirkannya daripada jawatan kerana itu akan membahayakan kestabilan dalaman Daulah Islamiah.

Kuasa-kuasa Barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi kerajaan Uthmaniah dengan sokongan daripada empat Negara Balkan (Romania, Serbia, Montenegro, Austria-Hungari). Keputusannya, Bosnia dan Greece terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah.

Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummah menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap dakwaan-dakwaan di dalam komplot menentang Daulah Islam Uthmaniah dan membantu kuasa luar seperti England.

Kejatuhan Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah) dilihat sebagai paling utama. Semua pihak mahukan sebahagian daripadanya tidak ketinggalan juga Yahudi. Pada tahun 1901 pemilik Bank Yahudi, Mizray Qrasow dan dua pemimpin berpengaruh Yahudi yang lain datang kepada Abdul Hameed, mereka menawarkan kepadanya:
1. Membayar kesemua hutang Daulah Islam Uthmaniah.
2. Membangunkan angkatan laut Daulah Islam Uthmaniah.
3. 35 juta lira emas tanpa faedah untuk membantu kemakmuran Daulah Islam Uthmaniah.

Sebagai tukarannya:
1. Membenarkan Yahudi melawat Palestin bila-bila masa mereka suka dan boleh menetap selama mana mereka mahu “untuk melawa t tempat-tempat suci”
2. Membenarkan Yahudi untuk membina penempatan-penempatan di mana mereka tinggal dan mereka mahu di tempatkan berhampiran Jerusalem.

Abdul Hameed enggan, walaupun untuk berjumpa dengan mereka, dia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha dan jawapannya adalah:-

“Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Uthmaniah bukan sesuatu yang memalukan, perancis menpunyai hutang dan itu tidak menjejaskannya. Jerusalem menjadi sebahagian daripada tanah Islam semasa Umar bin Alkhattab mengambil bandar itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang memalukan dengan menjual tanah suci kepada Yahudi dan mengkhianati tanggungjawab dan kepercayaan rakyat. Yahudi boleh simpan wang mereka, pemerintah Othmaniah tidak akan berlindung didalam istana yang dibuat dengan duit musuh-musuh Islam. Dia juga menberitahu mereka supaya pergi dan jangan datang semula untuk berjumpa dengannya.”

Dengan penyertaan Yahudi dan Zionis dalam perlawanan itu menjadikan set perlawanan tersebut lengkap, dan penyertaan terakhir negara Uthmaniah telah hampir bermula. Wang Yahudi adalah satu aset yang penting untuk membiayai penghapusan Daulah Islam Uthmaniah bagi menubuhkan negara Zionis di Palestin iaitu negara yang sangat dikehendaki oleh Yahudi, walau apa juapun risiko yang akan mereka hadapi.

Yahudi tidak berputus asa dengan Abdul Hameed, dalam tahun yang sama, iaitu 1901, pengasas pergerakan Zionis, Theodor Hertzil, telah mengunjungi Istanbul dan cuba untuk bertemu Abdul Hameed. Abdul Hameed enggan untuk berjumpa dengannya dan memberitahu Ketua Majlis Menteri;

“Nasihatkan Dr. Hertzil supaya jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun segenggam tanah ini kerana ianya bukan milikku, ianya hak ummat Islam, Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi boleh simpan wang dan harta mereka. Jika Daulah Khilafah Islamiah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Tetapi sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusuk pedang ke tubuhku daripada melihat tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan daripada Daulah Islamiah. Ianya adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memulakan pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup” .

Selepas itu, Yahudi beralih kepada British untuk menjadikan impian mereka suatu kenyataan. British dan Perancis telah bersedia untuk menamatkan Daulah Islam Uthmaniah, tetapi istilah ‘Jihad’ masih lagi cukup bertenaga untuk membuatkan seluruh Eropah menggeletar. Eropah masih gerun terhadap Orang Sakit Eropah (Daulah Islam Uthmaniah).

British telah memutuskan untuk mengunakan polisi luarnya yang terpenting, “Pecah dan Kuasai”. Dia menyokong kumpulan-kumpulan baru seperti Turki Muda dan Arab Muda. Apabila Turki Muda dan Arab Muda menjadi kuat di dalam Daulah Is lam Uthmaniah, Britain tidak perlu berbuat apa-apa lagi, Turki Muda akan melakukan seterusnya. Mereka memulakan arus kebangsaan dan prasangka dikalangan warga Turki di dalam Daulah Islamiah. Sebagai tindakbalasnya bangsa Arab, Armenia, Kurdish dan lain lain bangsa membina jenama kebangsaan mereka sendiri. Masyarakat mula merasai sebahagian daripada bangsa mereka bukan sebahagian daripada negara, dan ini merupakan detik-detik berakhirnya Negara Islam.

Selepas itu dalam Perang Dunia Pertama, Negara-negara Arab berpakat dengan British dan Perancis menentang Daulah Islam Uthmaniah. Mereka kemudiannya dikhianati oleh British dan Perancis dan kemudiannya ditakluki.

Abdul Hameed tidak melupakan pembangunan di dalam negaranya, dia telah membina banyak institusi dan perkhidmatan kepada umum seperti pasar Hamedi, Alzin di Damascus. Dia juga membina banyak masjid, tempat mandi umum, pasar-pasar dan hospital-hospital di Kairo, Damascus, Sana, Baghdad dan bandaraya-bandaraya Islam yang lain. Dia juga memajukan sistem pendidikan. Kerajaan Uthmaniah cuba untuk meniru sistem pendidikan Eropah tetapi gagal, kecuali dalam dua bidang iaitu perubatan dan ketenteraan. Tentera Uthmaniah tidak selemah seperti yang difikirkan oleh masyarakat sekarang. Pasukan meriam Uthmaniah adalah yang terkuat di dunia. Angkatan Laut Uthmaniah terurus dengan baik dan di tempat ketiga yang terkuat selepas Inggeris dan Perancis.

Banyak industri seperti pembuatan senjata, tenunan dan gula diwujudkan. Sistem jalan raya diperbaharui dan pelabuhan diperbesarkan. Banyak akhbar diwujudkan dan sebelum Perang Dunia Pertama; Mesir, Iraq dan Syria mempunyai lebih 1300 khabar dan majalah. Dalam sedikit masa sahaja ia memperlihatkan seperti Orang Sakit Eropah akan bangun akhirnya, tetapi sekutu-sekutu Barat memastikan Kesatuan Islam hancur dengan tanpa mengira kosnya. Minoriti Non-muslim dalam negara Uthmaniah digunakan oleh Barat untuk membuat kacau dan mewujudkan ketidakstabilan, terutamanya warga Kristian. Negara-negara Barat sering masuk campur kedalam polisi dalaman negeri Uthmaniah atas alasan “Melindungi minoriti Kristian”. Barat juga menganjurkan ceramah Kristian dalam dunia Islam dengan membina sekolah Kristian dan Gereja. Matlamatnya adalah menarik orang-orang Islam jauh dari Islam dan menyebarkan idea-idea dan tabiat sosial yang tidak Islamik. Banyak akhbar diterbitkan untuk tujuan yang sama,iaitu untuk meracuni pemikiran orang-orang Islam dan mengembangkan idea-idea yang rosak dan konsep-konsep yang salah dikalangan mereka. Barat juga mahu membuatkan negara Uthmaniah sibuk oleh itu sekali lagi ia memperalatkan golongan minoriti.

Barat menggalakkan dan membiayai revolusi penentangan Armenia terhadap negara Uthmaniah. England membantu Druz dan Perancis membantu Mauritania di Lubnan dan kedua-duanya terlibat dalam pertempuran yang besar dan ia diselesaikan dengan campurtangan tentera Uthmaniah. Sem akin banyak masalah di antara orang-orang Islam dan Kristian berlaku, dan terdapat ketika di mana penduduk Islam di Damascus hampir menghapuskan penduduk Kristian di Bandaraya itu. Tentera Uthmaniah campurtangan pada saat-saat akhir dan mengelakkan pembunuhan beramai-ramai berlaku.

Era ini adalah pertempuran antara konspirasi Barat dan pertahanan tentera Abdul Hameed bersama orang-orang Islam yang setia-taat. Pekara penting yang perlu dinyatakan adalah hutang negara Uthmaniah, semasa Abdul Hameed mula berkuasa adalah 2528 juta Lira emas. Semasa dia disingkirkan daripada berkuasa, hutang negara hanya tinggal 106 juta Lira emas. Ini bermakna, dia telah mengurangkan hutang kepada 1/20 daripada nilai asalnya.

Turki Muda yang mengambilalih kuasa selepasnya, menaikkan semula kepada 1300%. Pencapaian Abdul Hameed seperti ini mungkin memberikan gambaran bahawa dia tidak boleh membelanjakan untuk pembangunan, tetapi ianya tidak benar. Abdul Hameed mewujudkan talian faxsimili diantara Yaman, Hijaz, Syria, Iraq dan Turki. Dia kemudian menghubungkan talian dengan Iran dan India. Dia berjaya mendapat pulangan modal projek hanya dalam masa dua tahun saja. Ini adalah disebabkan penggunaan secara meluas talian ini oleh mereka yang mengerjakan haji.

Abdul Hameed menyedari bahawa hanya satu harapan untuk orang-orang Islam iaitu dengan membentuk Kesatuan Islam yang kuat. Abdul Hameed melihat Barat akan cuba memisahkan negara Islam dan berurusan dengan setiap bahagian secara berasingan. Satu-satunya cara untuk mengelakkannya adalah melalui Kesatuan Islam. Abdul Hameed membuat keputusan untuk memperkenalkan kekhalifahan Uthmaniah sebagai pemimpin dunia Islam.

Abdul Hameed telah mampu untuk menyentuh dan memberi kesan kepada orang-orang Islam di India dan Pakistan dan dia menyebabkan banyak masalah kepada British di kawasan tersebut. Keputusan yang sama diperolehi terhadap orang-orang Islam di Russia dan di selatan Re publik USSR. Abdul Hameed juga menggunakan orang-orang Islam untuk menekan Russia pada ketika itu, Abdul Hameed mennyatakan dalam diarinya yang dia merasakan dinding jatuh ke atas dirinya dan dia berasa keseorangan dan dia tidak mampu untuk memerangi musuh-musuh negara Islam berseorangan. Dia kemudian memulakan pakatan dengan Jerman, tetapi ianya sangat jelas menampakkan ketidakcekapan kerana Jerman juga mahukan sebahagian dari Daulah Uthmaniah. Sultan Abdul Hameed merasakan pada masa itu, peperangan besar semakin hampir. Dan adalah jelas bahawa perpecahan Daulah Uthmaniah adalah disebabkan pertelingkahan itu. Abdul Hameed memerlukan sesuatu yang besar yang boleh mengejutkan perasaan Kesatuan Islam di dalam kalbu orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Abdul Hameed mencari-cari dan akhirnya membuat keputusan untuk mewujudkan landasan keretapi Hijaz (1900) iaitu dari Damascus ke Madinah dan Aqabah ke Maan yang menjadi simbol Kesatuan Islam. Pembiayaan landasan keretapi terbayar dalam masa beberapa tahun dan ia berfungsi sebagai alat yang utama untuk menghubungkan bahagian-bahagian daripada Daulah Islam, ia juga digunakan sebagai laluan pantas untuk pengangkutan dan menyebarkan (deploy) unit ketenteraan. Abdul Hameed juga melancarkan kempen untuk menyebarkan idea Kesatuan Islam dan menyokong Islam di Selatan Russia, India, Pakistan dan Afrika. Dia mula menjemput banyak Ulama Islam dari Indonesia, Afrika, dan India ke Daulah Uthmaniah, dan dia mewujudkan program untuk membina masjid dan institusi-institusi Islam di seluruh dunia Islam.

Taring-taring Barat bertindakbalas dengan cepat dan menggalakkan Teluk Tunisia untuk memberontak terhadap Daulah Uthmaniah dalam tahun 1877 dan pemberontakan telah berlaku. Pada tahun 1881, Perancis menduduki Tunisia, pada tahun 1882, Britain pula menduduki Mesir, kemudian Belanda menakluki Indonesia, Russia menakluki Asia Tengah, Britain pula mengembangkan penguasaan ke India dan Sudan. Ia memperlihatkan sepe rti Barat sedang memecahkan dunia Islam.

Akhirnya, pada hari Selasa 27hb. April 1909, 240 ahli senat Uthmaniah bersetuju dibawah tekanan Turki Muda Kebangsaan (National Youth Turks) untuk menyingkirkan Abdul Hameed daripada kuasa. Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali menulis fatwa penyingkiran itu. Senat Uthmaniah pula mengesahkan penyingkiran itu. Ini adalah terjemahan fatwa itu:

“Imam orang-orang Islam menangani isu-isu agama yang penting daripada buku-buku perundangan dan mengumpulkan buku-buku tersebut, membazirkan wang negara dan terlibat dalam perjanjian yang menyalahi undang-undang Islam, membunuh, menangkap dan membuang negeri orang tanpa sebab, kemudian berjanji untuk tidak melakukannya lagi dan masih melakukannya untuk merosakan keadaan orang-orang Islam di seluruh dunia Islam. Oleh itu pemimpin ini akan disingkirkan dari jabatan. Jika penyingkirannya akan mendatangkan keadaan yang lebih baik daripada pengekalannya, maka dia mempunyai pilihan untuk berhenti atau disingkirkan daripada jabatan” – Sheikh Al Islam Mohammad Dia’Aldin Afandi.

Fatwa ini sangat aneh dan sesiapa sahaja boleh melihat keterangan-keterangan di dalamnya tidak menepati perbuatan dan tindakan Abdul Hameed, selepas itu Ketua Majlis Menteri, Tawfiq Pasha telah dipanggil untuk memberitahu Abdul Hameed tentang keputusan itu. Dia (Abdul Hameed) enggan untuk berbuat demikian (berhenti). Maka mereka menghantar sekumpulan empat orang – Aref Hikmat, Aram Afandi (Armenia), Asad Tobatani dan Emanuel Qrasow (Yahudi). Apabila mereka masuk ke dalam pejabatnya, mereka mendapatinya sedang berdiri dengan tenang, Aref Hikmat membacakan fatwa kepadanya, kemudian Asad Tobatani maju ke hadapan dan berkata “Ummah telah menyingkirkan tuan dari jabatan”, Abdul Hameed marah dan berkata “Ummah telah menyingkirkan aku dari jabatan , ia tak mengapa.. tetapi mengapa kamu membawa Yahudi ke pejabat Khalifah?”, sambil menunjuk kepada Qrasow. Jelas sekali itu adalah ti tik tindakbalas kepada keengganan Abdul Hameed untuk menjual Palestin kepada Yahudi, dan sekarang mereka menunjukkan kepadanya (Abdul Hameed) bahawa mereka (Yahudi) adalah sebahagian dari penyingkirannya. Ini merupakan cabaran kepada maruah Abdul Hameed dan maruah ummat Islam.

Selepas penyingkiran Abdul Hameed daripada jabatan, banyak penulis mula menyerangnya (semasa bertugas) dan peribadi beliau, seorang daripada mereka adalah John Haslib, dalam bukunya “The Red Sultan” yang menjadi sangat mashyur, dan telah diterjemahkan kepada banyak bahasa seperti Arab dan Turki. Buku berbahasa Turki yang bertajuk “Iki Me Min Perde Arkasi Yazan : Nafiz Tansu” oleh Ararat Yayinevi adalah sebahagian daripada propaganda yang membawa Negara Uthmaniah tenggelam dan semakin dalam dan hanya akan diselamatkan oleh Turki Muda yang telah menyingkirkan Abdul Hameed. Sebuah buku lagi oleh penulis Arab Kristian yang masyhur, Georgy Zaydan dalam bukunya “Cerita-Cerita Dalam Sejarah Isla m Revolusi Uthmaniah”. Buku-buku ini tidak lain hanyalah penipuan-penipuan yang telah ditulis oleh orang-orang yang sangat benci kepada Islam dan Orang-orang Islam. Ia menceritakan bahawa Sultan Abdul Hameed sebagai seorang yang tenggelam dalam keseronokan hidup seperti perempuan dan alkohol, dan
>raja yang zalim dan tidak pemaaf kepada musuh politiknya dan rakyatnya. Penipuan-penipuan ini tidak kekal kerana kebenaran sentiasa menang.

Akhirnya, selepas Abdul Hameed, muncul segolongan pemimpin yang lemah, mereka tidak mampu mentadbir negara dan mereka hilang kuasa dengan mudah. Seperti yang Abdul Hameed jangkakan, Perang Dunia Pertama berlaku dan negara Uthmaniah telah dibahagi-bahagikan. Orang-orang Arab memberontak di Hijaz dengan bantuan British dan Perancis, (British dan Perancis) yang mana selepas itu telah mengkhianati mereka dan meletakkan mereka dibawah kekuasaan mereka dan memberi tanah Islam Palestin kepada Yahudi. Ia tidak akan berlaku jika mereka me ndengar nasihat Abdul Hameed.

Turki Muda Kebangsaan mendapat kuasa dan Mustafa Kemal Attartuk menghapuskan Khilafah Islam pada tahun 1924. Dengan ini berakhirlah Kesatuan Kepimpinan orang-orang Islam dalam masa 1300 tahun. Barat telah berjaya sepenuhnya.

Pada hari ini, orang-orang Islam mula sedar daripada kesan Perang Arab-Israel pada tahun 1967, kesan perang Bosnia, perang Chechnya, dan perang Kashmir, orang-orang Islam mula menyedari bahawa mereka tidak akan dapat bangun melainkan jika mereka bersatu dan disatukan oleh ikatan Islam. Orang-orang Islam mula kembali kepada Islam dan Barat berwaspada semula, selepas beberapa tahun Azan dalam bahasa Turki, masjid-masjid di Istanbul kembali melaungkan “Allahu Akbar” dengan bahasa Arab yang jelas. Tanda-tanda kembalinya tamadun yang agung. Kita menyeru pembaca-pembaca Islam untuk membaca Al-Fatihah untuk roh Sultan Abdul Hameed dan semua orang-orang Islam yang mengabdikan hidup mereka untuk kepentingan Isl am dan seluruh Ummat Islam. Kami berharap kami telah dapat mempersembahkan sesuatu yang boleh membuat anda melihat secara jelas dan memperkuatkan kepercayaan anda kepada impian Islam dan membuang segala salah faham dan salah konsep jika ada.

Bersatu kepada ikatan Islam, semoga Tuhan merahmati Umat Islam dan memberi rahmat kepada roh Sultan Abdul Hameed dan semua orang Islam yang Ikhlas.

“Matahari mungkin telah terbenam, tetapi ia akan terbit semula dengan kehendak Tuhan.”

SHARE