Syeikh Raed Shalah, Selepas Di Tangkap, Beliau di “Buang Daerah” Sebulan dari Al Quds

shalah(4)Setelah ditahan semalaman, hakim mahkamah Jerusalem membebaskan pimpinan Gerakan Islam Syaikh Raed Shalah, pada Rabu (7/10). Namun mahkamah mengeluarkan surat perintah yang melarang Shalah masuki wilayah Jerusalem selama satu bulan.

Dalam sesi pendengaran kes Shalah pada hari Selasa, malam, polis Israel meminta agar penahanan Shalah diperpanjang selama lima hari. Namun pihak polis juga menyetujui keputusan untuk “memenjarakan” Shalah ke kawasan Umm Al-Fahm selama 30 hari agar tidak memasuki ke wilayah Jerusalem.

Shalah ditangkap polis Israel dengan tuduhan melakukan “hasutan serius yang mencetuskan aksi-aksi kekerasan” di Jerusalem dan sekitarnya. Polis Zionis menuding Shalah telah “mengobarkan perang agama” dan hakim mahkamah Shimon Feinberg memutuskan bahawa Shalah adalah orang yang merbahaya.

Peguam bela Syaikh Shalah, Khaled Zbarke menilai keputusan hakim sebagai konspirasi untuk menyekat Shalah yang memang vokal menyuarakan bantahan terhadap regim Zionis yang ingin menghancurkan Masjid Al-Aqsa. Menurut Zbarke, para ekstrimis Yahudi yang menjadi dalang penyerbuan ke Masjid Al-Aqsa sengaja menggunakan medan mahkamah untuk menghentikan aktiviti Syaikh Shalah.

Pasca penyerbuan sekelompok Yahudi ekstrim ke Masjid Al-Aqsa telah mencetuskan situasi tegang menaungi kota Al-Quds. Pejabat pentadbiran Fatah, Hatem Abdel Kader dalam wawancara dengan Jerusalem Post mengungkapkan kekhuatirannya atas penangkapan terhadap tokoh-tokoh Gerakan Islam. Beliau bimbang tindakan ini akan mendorong perlawanan warga Palestin di Tebing Barat melancarkan Intifada ketiga.

“Keputusan Israel sangat berbahaya. Jika Israel tidak mahu api kekerasan meluas, Israel harus menghindari isu-isu seperti ini. Kalau tidak, kami khuatir situasi ini akan meledak yang boleh menimbulkan perlawanan Intifada ketiga,” kata Abdul Kader. (ln/JP/ Hrz/eramuslim/fn)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts