Tahanan Bilal Kayid kritikal, dikejarkan ke hospital

BEIT LAHM, 17 Julai 2016 (Maan) — Tahanan Bilal Kayid dikejarkan ke Pusat Rawatan Barzilai di Ashkelon apabila keadaan kesihatan beliau meruncing secara tiba-tiba, setelah melancarkan mogok lapar sejak 33 hari lalu.

Beliau dilaporkan tidak mampu berjalan, mengalami pening kepala, loya, keletihan dan tidak dapat tidur, di samping kehilangan berat yang sangat ketara.

Dalam pada itu, ratusan tahan Palestin dalam penjara Zionis menyertai sekumpulan 37 tahanan yang melancarkan mogok lapar secara terbuka sebagai sokongan mereka terhadap Bilal.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts