Tahanan di penjara Megiddo terdedah kepada kematian secara perlahan

GAZA, 18 Jan 2016 (PIC) — Pusat Kajian Tahanan Palestin (PPCS) mendakwa rejim penjajah Zionis meneruskan polisi penindasan secara sistematik ke atas rakyat Palestin yang ditahan secara terpisah berseorangan bagi membunuh mereka secara perlahan.

Dalam laporan terkini mereka, PPCS mengesahkan bahawa seramai lapan orang Palestin ditahan secara berseorangan di penjara Megiddo berada dalam keadaan yang tragik. Bentuk layanan yang diberikan serta tempohan tahanan yang dikenakan kepada mereka di dalam bilik tahanan berasingan akan ditentukan oleh pegawai pasukan perisik Shin Bet.

Jurucakap PPCS, Riyadh al-Ashqar, berkata bahawa tahanan terbabit dinafikan keperluan asas mereka termasuk jam, dan keluarga atau peguam mereka tidak dibenarkan menziarah. “Kelapan-lapan tahanan ini hanya dibenarkan berada di luar bilik tananan mereka selama sejam, di mana ketika itu kaki mereka akan diikat dengan rantai besi,” terang Riyadh. “Mereka tidak dibenarkan berkumpul untuk solat Jumaat, bahkan tidak diberikan sebarang peralatan untuk membersihkan bilik tahanan, yang penuh dengan serangga dan tikus kerana tandas yang ditempatkan dalam bilik kecil itu.”

Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa orang tahanan turut mengalami masalah kesihatan yang serius. Contohnya, tahanan Mousa Sufa, 41 tahun, sedang menderita kanser tumor di bahagian leher sejak beberapa tahun lalu tanpa menerima sebarang rawatan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts