Tahanan mogok lapar dipindah ke ICU, bakal dipaksa makan

RAMALLAH, 19 Dis 2016 (Maan) — Tahanan mogok lapar Anas Shadid dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Assaf Harofeh, sehari sebelum Mahkama Agung Zionis memutuskan samada akan memberi beliau dan seorang lagi tahanan, Ahmad Abu Farah, makan secara paksa.

Anas dan Ahmad masing-masing melancar mogok lapar sejak 24 September dan 23 September lalu, sebagai membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan ke atas mereka.

Jawatankuasa Palstin bagi Hal Ehwal Tahanan mengecam rancangan Zionis untuk memaksa mereka makan, mendakwa ianya adalah satu bentuk penderaan yang bertujuan untuk membunuh kedua-dua mangsa.

Kenyataan Persatuan Perubutan Dunia menyebut, “Paksaan makan adalah satu bentuk keganasan, sangat menyakitkan, dan secara jelas bertentangan dengan prinsip hak individu. Ianya adalah suatu yang jijik, tindakan tidak berperi kemanusiaan, yang boleh dikira sebagai satu bentuk penderaan. Lebih dahsyat lagi, ia boleh membawa merbahaya dan merupakan kaedah paling tidak sesuai untuk menyelamat nyawa.”

Mahkamah Agung Zionis menangguhkan perbicaraan ke mereka kerana tidak percaya kepada laporan doktor di Hospital Assaf Harofeh di mana mangsa dirawat, sehingga pihak mahkamah melantik seorang doktor khas untuk membuat laporan baharu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts