Tahanan mogok lapar dipindahkan ke hospital

RAMALLAH, 21 Ogos 2016 (PIC) — Tahanan mogok lapar Mahmoud al-Balboul dipindahkan ke Hospital Assaf Harofe petang tadi apabila keadaan kesihatan beliau semakin merosot.

Menurut kenyataan Ketua Jawatankuasa Tahanan dan Bekas Tahanan, Issa Qaraqe, para tahanan mogok lapar dikurung dalam keadaan yang sangat teruk dan mereka boleh meninggal dunia pada bila-bila masa.

Mahmoud melancarkan mogok lapar sejak 52 hari lalu bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan mahupun pengadilan ke atas beliau.

Beliau bersama abangnya Muhammad dikenakan tahanan pentadbiran sejak ditangkap pada 9 Jun lalu, dua bulan selepas adi perempuan mereka Nuran, 14, ditangkap atas tuduhan membawa pisau di sebuah sekatan tentera di Beit Lahm.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts