Tahanan mogok lapar Mahmoud Balboul kini hadapi masalah penglihatan

RAMALLAH, 5 Sep 2016 (WAFA) — Keadaan kesihatan tahanan mogok lapar Mahmoud Balboul yang dikejarkan ke unit rawatan rapi di Hospital Wolfson semalam dilaporkan semakin teruk, di mana beliau kini mengalami masalah penglihatan yang berulang.

Peguam bagi Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, Tareq Barghout, dalam kenyataan beliau mendesak pihak penjara Zionis tidak mengambil langkah memberi makanan kepada Mahmoud secara paksa. Sebaliknya, pihak rejim harus membebaskan Mahmoud dan abangnya Muhammad dari tahanan.

Tahanan dua beradik itu melancar mogok lapar sejak lebih dua bulan lalu bagi membantah tahanan pentadbiran tanpa sebanrang pengadilan ke atas mereka.

Dalam pada itu, kenyataan pertubuhan hak asasi Addameer mendedahkan bahawa beberapa orang tahanan Palestin telah meninggal dunia akibat tindakan rejim Zionis memberi mereka makan secara paksa.

Tahanan Abdul-Qader Abu al-Fahm meninggal dunia pada 11 May 1970 apabila dipaksa makan ketika mogok lapar di penjara Ashkelon.

Manakala Rasem Halawah dan Ali al-Ja’fari meninggal dunia apabila dimasukkan tiub makanan ke dalam paru-paru mereka, bukan ke dalam perut. Mereka dipaksa makan pada bulan Julai 1980 ketika mogok lapar dalam penjara Nafha.

Seorang lagi mangsa, Ishaq Maragha meninggal dunia apabila dipaksa makan dalam penjara Beersheba pada tahun 1983.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts