RAMALLAH, 19 Mac 2019 — Tahanan-tahanan Palestin malam tadi dilaporkan membakar bilik-bilik kurungan di penjara Ramon, menyebabkan kerosakan kecil.

Para tahanan membantah keputusan pihak penjara untuk memindahkan mereka dari bilik-bilik kurungan dalam Seksyen 7 ke Seksyen 1. Bilik-bilik kurungan dalam Seksyen 1 dipasang dengan peranti yang disahkan membawa risiko penyakit barah.

Terdahulu, perbalahan tercetus apabila 90 orang tahanan dipaksa pindah ke Seksyen 1. Tahanan enggan memindahkan barangan mereka dan mengugut pihak penjara untuk membantah keputusan tersebut.

Seramai 120 tahanan Palestin dikurung dalam seksyen yang terbakar itu.

(PalestiNow)

SHARE