Tahanan Palestin cedera parah diserang dalam penjara Naqab

RAMALLAH, 3 Mac 2019 — Tahanan Palestin Emad Mousa mengalami kecederaan parah diserang oleh pasukan tentera Zionis dalam penjara Gurun Naqab baru-baru ini.

Kenyataan keluarga Emad semalam menyebut bahawa beliau telah dipindahkan ke Hospital Soroka di Beersheba selepas diserang tentera Zionis, di mana beliau kehilangan darah yang banyak selepas dibiarkan tanpa bantuan sehingga keesokan harinya.

Beliau turut mengalami patah tulang rusuk yang serius dan beberapa kecederaan lain serta luka-luka di kepala, dada, dan kaki.

Emad merupakan salah seorang tahanan yang ditangkap dan dikurung semula selepas dibebaskan dalam perjanjian tukaran tawanan 2011.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts