AL-KHALIL, 18 Dis 2017 — Pihak penjara Zionis hari ini menghalang selimut dan pakaian sejuk dibawa masuk untuk tahanan Palestin yang dikurung dalam beberapa buah penjara di kawasan gurun, termasuk penjara Eshel.

Tahanan dalam penjara di kawasan gurun dikurung dalam keadaan yang sangat teruk, di mana sebahagiannya dikurung dalam kemah dan juga bilik yang tidak bertingkap tanpa sebarang kemudahan asas.

Di samping itu pihak penjara sering melakukan serbuan pada waktu malam, memaksa para tahanan keluar dari bilik kurungan di tengah-tengah cuaca sejuk serta membaling selimut mereka ke tanah supaya basah terkena air hujan.

(PIC)

SHARE