RAMALLAH, 2 Apr 2019 — Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin melaporkan pasukan keselamatan penjara Zionis menggempur bilik-bilik kurungan dalam Seksyen 4 di penjara Ramon awal pagi tadi.

Mereka menggeledah barangan milik tahanan di Seksyen 1 dan 4, dan menghalang mereka keluar ke kawasan lapang seperti yang lazimnya dijadualkan.

Sementara itu, laporan Pejabat Informasi Tahanan Palestin semalam menyebut pasukan keselamatan khas Zionis menyerbu dan membuat tangkapan di Seksyen 4 penjaga Gurun Naqab pada 14 Mac lalu, dari jam 9:30 malam hingga 8:00 pagi keesokannya.

Susulan kejadian, 100 tahanan tercedera di mana 41 daripada mereka terkena tembakan. Ada tahanan yang mengalami pendarahan dalam kepala yang serius. Pihak penjara bagaimanapun enggan membenarkan mangsa-mangsa dipindahkan ke hospital.

Tahanan yang dikaitkan dengan Hamas dilarang memasuki kawasan kantin serta dihadkan pergerakan.

Pihak penjara Zionis mengisytiharkan penjara Gurun Naqab sebagai zon tentera yang tidak terkawal, yang membenarkan pihak bersenjata Zionis menggunakan prosedur tertentu.

(PIC)

SHARE