Tahanan Palestin dibebaskan setelah dikurung selama 30 tahun

Sameer Sirsawi memeluk ibunya selepas dibebaskan setelah merengkok dalam penjara Zionis selama 30 tahun.

RAMALLAH, 21 Nov 2018 — Tahanan Palestin Samir Saleh Sirsawi, 52, dibebaskan setelah merengkok dalam penjara Zionis selama 30 tahun.

Samir, yang berasal dari Haifa di utara Wilayah Palestin 1948 yang terjajah, sepatutnya dibebaskan pada tahun 2014 dalam persetujuan yang ditaja oleh mantan Setiausaha Negara Amerika, John Kerry. Persetujuan tersebut menetapkan semua tahanan Palestin yang dikurung sebelum Perjanjian Oslo 1993 dibebaskan. Namun rejim Zionis membatalkan persetujuan itu.

Samir adalah salah seorang daripada 28 tahanan yang dikurung sebelum tahun 1993. Seramai 12 orang daripadanya berasal dari kota-kota dalam Wilayah Palestin 1948.

Pertubuhan Hak Asasi Addameer merekodkan seramai 5,580 penduduk Palestin masih dikurung dalam penjara-penjara Zionis.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts