Tahanan Palestin didenda kerana tercedera dalam penjara

RAMALLAH, 18 Sep 2018 — Pihak pentadbiran penjara Gilbao mengenakan denda ke atas tahanan Palestin, Mahmoud Harzallah, apabila mentol lampu dalam bilik tahanannya jatuh dan menimpa beliau.

Mahmoud dilaporkan cedera di bahagian tangan kanannya, dan dipindahkan ke Hospital Afula. Setelah dikurung semula dalam bilik tahanannya, beliau dituduh bertanggungjawab ke atas insiden mentol jatuh itu dan diarah membayar denda sebanyak 200 Shekel.

Dalam kejadian lain, tahanan Wisam Khashan dihalang daripada kunjungan luar sejak beliau bersama dua tahanan lain diserang oleh pasukan Nahshon dalam mahkamah tentera di Salem pada 1 Jun 2018 lalu.

Wisam dipindahkan dari pekjara Megiddo ke penjara Gilbao apabila pihak penjara mengetahui rancangan beliau untuk menfailkan aduan terhadap pasukan Nahshon.

Nahshon adalah satu batalion khas terlatih tentera Zionis yang mengawal tahanan ketika mereka dipindahkan antara penjara dan mahkamah tentera.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts