Tahanan Palestin ditangkap semula sejurus selepas dibebaskan

AL-QUDS, 5 Mac 2017 (Maan) — Tahanan Moussa Mohammad Darwish, 34, ditangkap semula oleh tentera penjajah Zionis sejurus selepas beliau dibebaskan dari penjara Ktziot di Gurun Naqab, setelah menamatkan hukuman selama 12 tahun.

Pihak perisik Zionis menunggu Moussa di luar penjara Ktziot dan menghalang keluarga beliau mendekatinya, kemudian menangkapnya semula dan mengheretnya menaiki kenderaan ke lokasi yang tidak diketahui.

Moussa yang berasal dari kejiranan Issawiya di al-Quds Timur ditangkap pada bulan Mac 2005 dan dijatuhkan hukuman pada bulan Disember berikutnya di mana beliau dikatakan mengaku cuba membunuh Rabbi Ovadia Yosef, pemimpin parti ultra-Ortodoks Shas.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts