Tahanan Palestin ditangkap semula sejurus selepas dibebaskan

BAITULMAQDIS, 1 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menangkap semula tahanan Palestin, Yaqoub Mahmoud Abu Assab, sejurus selepas dibebaskan dari penjara Gurun Naqab setelah menamatkan hukuman selama tujuh tahun.

Beliau ditangkap ketika berada di pintu pagar utama penjara, sebelum sempat melangkah keluar pagar.

Yaqoub, 46, diculik pada 4 November 2011 dan dihukum penjara atas tuduhan menjadi seorang pemimpin pergerakan Hamas di Baitulmaqdis.

Beliau juga telah beberapa kali diharamkan memasuki kota Baitulmaqdis dan wilayah Tebing Barat.

Bapa kepada empat orang anak itu pernah merengkok dalam beberapa buah penjara selama 14 tahun, dan sedang menyiapkan pengajian di peringkat ijazah Sarjana ketika dibebaskan dari penjara Gurun Naqab.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts